Wednesday, December 17, 2014

Trip ke Beijing 2014 part 2

HARI KETIGA

Bunyi alarm dari handphone mengejutkan saya untuk bangun solat subuh jam 6 pagi, Teman sebilik Zarina yang juga isteri sepupu saya sudah siap mandi dan solat. Meninjau ke tingkap bilik nampak berkabus dan saya memang rasa kesejukan diluar sana. Selepas sarapan pagi, kami berkumpul untuk bertolak ke Ski Resort dan Great Wall of China, salah satu dari 7 benda ajaib di dunia. Sebelum itu kami dibawa ke satu lagi Government shop iaitu Jade Centre. Kami diberikan penerangan tentang asal usul dan mengapa Jade sangat digemari oleh masyarakat Cina. Setiap batu jade ada standard yang berbeza, lebih berat gelang jade itu lebih berkualiti. Gelang jade dipakai di tangan sebelah kiri kerana ianya lebih hanpir kepada jantung. Jade boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan berbagai2 jenis penyakit lagi. Gelang atau buah rantai jade dipakai hingga berpuluh-puluh tahun lamanya dan ianya akan berubah warna menjadi lebih pekat atau lebih gelap tergantung kepada tahap kesihatan si pemakai.


Batu jade diukir patung kambing



Kami kemudian bertolak ke Beijing Snow World Ski Resort yang terletak lebih kurang 40 km dari downtown Beijing dan Beijing Ski Resort merupakan tempat yang ideal untuk belajar bermain ski dan dibuat khusus untuk tourists. Kami teruja melihat hamparan salji buatan manusia yang putih melepak, permandangan seolah-olah berada di kawasan bersalji sebenar dengan poko-pokok dibaluti salji. Tempat ini ada disediakan pakaian dan peralatan bermain ski dan dikenakan bayaran masuk sebanyak 30 Yuan (RM15.00) seorang dan bayaran untuk bermain ski termasuk peralatan ialah 160 Yuan (RM80.00) untuk satu jam.

At the Enterance
Cantik seperti permandangan di negara barat



Kami hanya bayar fee masuk dan boleh menonton mereka yang bermain ski dari bangku ini




Teruja juga kami  walau hanya man-made snow






Setelah dua jam berada di Ski Resort, kami terpaksa meninggalkan tempat secantik ini untuk ke Great Wall of China. Sepanjang perjalanan kami puas menikmati permandangan pokok-pokok yang tidak berdaun cuma tinggal ranting yang menjadikan suasana winter di Beijing amat menarik. Kelihatan pokok-pokok bunga di sepanjang jalan dibalut dengan kain hijau untuk mengelakkan dari pokok kesejukan dan akarnya boleh mati. 

Kami tiba di Great Wall of China dan wajib bergambar satu group sebelum masing berpecah untuk menikmati permandangan dari atas tangga-tangga batu. Great Wall/Great Wall sepanjang 5,500 batu itu dibina oleh rakyat China yang terdiri dari orang kebanyakkan, petani-petani, askar-askar dan hamba-hamba. Pembinaan dikatakan mengambil masa 2000 tahun dari zaman perang (476 BC - 221 BC) hingga Dinasti  Ming (1368-1644) Sumber fakta - http://www.travelchinaguide.com.








Bergambar di kaki tangga pun cukuplah


mendongak ke atas tangga ini  pun sudah membuatkan saya rasa letih, memang bergambar di kaki tangga je ler!

Dari Great wall kami bertolak ke salah satu restoran makanan Islam (saya terlupa mencatat nama restoran tersebut dan menunaikan solat zohor dan jamak asar di bahagian atas restoran tersebut. Selepas makan kami bertolak ke Jewellary Shop yang juga Government Shop. Di Jewellary Shop sekali lagi kami diberikan penerangan tentang pearl, batu ruby dan jade. Ramai di antara kami yang tak berapa minat nak beli tapi saya dan beberapa orang terbeli juga satu dua set pearl dan ruby yang ditawarkan 70% diskaun. Orang kata jangan tak ada kenangan dari Beijing jadi saya beli satu cincin dan satu rantai tangan fresh water pearl berharga 400 Yuan (RM200.00). Tetiba macam rasa menyesal beli sebab saya ada fresh water pearl pemberian sepupu dari Sabah yang saya masih tak sempat nak jadikan rantai tangan. sebenarnya saya bukan pemakai brangan pearl, saya lebih suka white gold dan diamond.

Menjelang pukul 5 petang hari dah gelap dan kami terus dibawa makan malam di restoran Muslim yang lain tak jauh dari Beijing Silk Street yang mana dibuka pada tahun 2005 dan ianya merupakan salah satu shopping center di Beijing terkenal dengan perlbagai barangan tiruan. Disini terdapat pelbagai jenis fesyen pakaian dan perhiasan diri seperti topi, beg tangan, kasut, tali pinggang, pakaian sukan dan kain sutera. Silk Street juga dikenali dengan traditional Chinese handicrafts, barangan antik, calligraphy, karpet, alas meja, cadar, lukisan, permainan kanak-kanak, gajet barangan eletronik dan juga barang kemas wanita. Di sini bermulakan pengalaman kami bertegang urat dengan penjual. Pantang kita tanya harga dia akan tanya balik berapa yang kina mahu seban mereka meletakkan harga sesuka hati. bayangkan satu tshirt kita tanya katanya 400 Yuan (RM200.00), jadi kita kena tawar hingga 30-40 Yuan, kalau harga tu berpatutan, dia akan bagi, kalau tidak dia marah kita balik. Ada satu dua kedai tu saya terpaksa sekolahkan mereka balik. Saya kata dalam bahasa Ingeris mudah faham kepada mereka "Hello amoi, you are pretty but you're so loud and rough, why are you shouting at people, how are we going to buy if you get angry so easily??, I bring money, you sell your goods, you have to be nice and talk nicely even if you don't want to give lower price" barulah mereka agak kendur sikit dan mula cakap baik sikit.


Credit photo to China Daily kerana photo yang saya ambil di waktu malam tidak begitu kualiti
Kami meninggalkan Silk Street dan sebelum pulang ke hotel kami dibawa melihat China Largest LED Screen di Asia. Skrin itu berada di siling ruang masuk plaza dan kita kena mendongakkan kepala untuk melihat skrin tersebut yang sungguh mengasyikan. 

LED Screen at the mall



No comments: