Monday, December 1, 2014

Last weekend (actually dah banyak weekends) saya teramat sibuk...memandangkan anak2 buah semua dah besar termasuk anak2 cousins saya jadi majlis merisik, bertunang atau kahwin one after another. Oleh kerana saya ni jenis suka tolong orang, macamana sibuk pun saya akan cuba membantu apa yang termampu tak kiralah dari segi idea kreatif ataupun tenaga, memang saya suka nak tolong. Kebahagian saya ialah apabila orang yang saya tolong puas hati dengan hasil kerja saya. Sama juga semasa saya ambil upah menjahit dulu, customers saya serahkan material untuk saya design mengikut kesesuaian material dengan patern baju, bila dah siap baju mereka suka dengan design yang saya buat dan hantar lagi untuk tempahan seterusnya, itu merupakan kepuasan buat saya.

Berbalik pada cerita minggu lepas, anak arwah abang sulung saya (satu ayah lain emak) akan dirisik, katanya pihak lelaki nak bawa dua dulang, lepas tu katanya empat dulang, nasib baik kakak saya memang ada banyak lebihan kain2 dan riben majlis perkahwinan anak buah saya bulan Mei hari tu, maka dalam masa satu jam tu sempat kami menyiapkan 5 dulang gubahan hantaran paling simple untuk balasan kepada pihak lelaki. Kakak saya dengan anak buah saya Tini pergi beli tart nenas kat Petronas, beli coklat dan gula2, buah-buahan dan kek dari Bread Talk kat Alamanda secepat kilat, pergi dan bawa balik barang2 tu dan minta saya gubahkan. Idea asal memang dari kakak saya yang teramat kreatif (lebih kreatif dari saya) tetapi bila dapat ke tangan saya dalam masa satu jam tu, inilah hasilnya....not bad kan??



Kek dari Bread Talk hanya letak riben dan bunga

Kotak berisi kueh tart nenas dibalut dengan kain organza

Buah-buah hanya disusun dalam bakul terpakai

Lima dulang yang telah siap digubah