Saya memang suka travel dan kalau boleh saya nak pergi ke negara-negara
yang budaya dan rakyatnya sangat berbeza dari Malaysia. Kebetulan sepupu saya
mengajak ke Beijing musim sejuk malangnya suami tak suka kesejukan tapi dia
benarkan saya ikut sepupu, bapa saudara dan isteri sepupu saya ke Beijing pada
4 Disember tempuhari. Oleh kerana saya dah confirmed dengan Poto Travel yang
saya akan pergi maka bermulalah pencarian baju2, sarung tangan, penutup
telinga, stokin, long john untuk musim
sejuk.
HARI PERTAMA
Kami menaiki pesawat A330 Cathay Pacific CX790 dan transit di
Hong Kong. Dalam penerbangan agak relaks saya penuhi masa dengan menonton documentary Save the Dolphin part 2 hingga tak sedar pengumuman dibuat untuk mendarat dalam masa setengah jam. Sampai di airport Hong Kong dalam pukul 2.40 petang dan kami mencari prayer room yang
terletak berhampiran dengan gate 41 di aras 2. Prayer room ini terbuka untuk
semua agama jadi tidak ada pemisah tirai antara ruang solat lelaki dan
perempuan. Kami yang perempuan solat dahulu kerana bilangan kami ramai, setelah
kami selesai baru kaum lelaki bersolat. Saya makan roti yang dibeli di KLIA untuk quick lunch kerana perut terasa lapar. Kami check in pada pukul 4 petang dan pesawat CX312 ke Beijing berlepas
pada pukul 5.30 petang. Penerbangan yang
memakan masa selama 3 jam setengah itu saya isikan dengan menonton movie. Saya
pilih movie "If I stay" dan ternyata saya terkesan dengan movie genre drama, jadi saya tidak terasa
bosan dalam pesawat.
Sebaik kami tiba di airport Beijing, terasa cuaca agak
sejuk dan sesekali angin bertiup membuatkan kami kesejukan. Mujurlah saya memang dah pakai
long john iaitu pakaian pemanas badan semasa singgah di Hong Kong atas pesanan
ketua rombongan poto Travel, Puan Zalina, jika tidak tak tahu macamana saya nak bertahan dengan kesejukan itu. Bas bernombor 13731 yang sudah sedia menunggu membawa kami ke hotel Holiday Inn Express, sebaik saja turun dari bas udara memang
sejuk, kata tourist guide kami yang bernama Anita Lee (dia sangat fasih berbahasa
Melayu Indonesia) suhu malam itu ialah negatif 7 Celcius). Sebaik kami checked in, kami solat jamak Magrib dan Isyak. Mmata memang dah tersangat mengantuk, masing-masing
kepenatan melalui perjalanan dari KLIA seawal pukul 10 pagi sampai di hotel
pukul 11 malam.
| Lobby Hotel Holiday Inn Express |
HARI KEDUA
Selepas sarapan pagi (kami hanya ambil roti bakar dengan butter dan jam, buah-buahan dan kopi atau air oren memandangkan makanan di hotel tidak halal) kami menaiki bas untuk pergi ke Summer Palace yang merupakan istana yang terletak di atas Longevity Hill dan dikelilingi Tasik Kunming. Tourist guide kami memulakan cerita tentang Beijing yang seluar 17,000 meter persegi dan mempunyai 16 daerah. Beijing mempunyai 19 juta penduduk yang bertumpu ke Kota beijing dari seluruh China. Beijing merupakan ibu kota ekonomi dan kebudayaan yang ujud sejak 3000 tahun dan Beijing menjadi Ibu Kota sejak 600 tahun semasa pemerintahan Dinasti Ming. Saya leka mencatat secara ringkas apa yang diberitahu oleh Anita. Beliau menuntut di Universiti Beijing dan belajar bahasa Melayu dan Indonesia di sana.
Jari jemari saya leka merakam gambar sepanjang perjalanan ke Summer Palace. Kata Anita kota lama di bahagian central lebih banyak rumah tradisi, tak banyak bangunan tinggi kerana kepercayaan orang China bangunan tidak boleh melebihi ketinggian Istana Maharaja dan juga Maharaja tidak mahu permandangan seluruh Beijing terlindung oleh ketinggian bangunan pencakar langit. Di kawasan pinggir Beijing baru ada banyak bangunan tinggi yang agak lama dan lebih menonjolkan kebudayaan China. Beijing mempunyai 15 subway dan tujuh airport tetapi hanya dua yang beroperasi untuk penerbangan samada dalam negara atau antarabangsa iaitu Beijing Capital International Airport dan Beijing Nanyuan Airport.
Kami tiba di Summer Palace dalam pukul 10 pagi dan cuaca cerah tetapi sangat sejuk. Tak mampu saya nak buka sarung tangan sebab terasa angin menyucuk-nyucuk hujung jari saya. Summer Palace terletak di sebelah utara barat Haidian District Kota Beijing. Ianya mempunyai keluasan 15 kilometer dari central Beijing dan merupakan taman raja yang terbesar serta dipelihara dengan baik. Summer Palace mempunyai pengaruh horticultur China dan lanskap nya popular dengan pemandangan alam semulajadi.dimana ia juga dikenali sebagai 'The Museum of Royal Gardens'. Lihat foto-foto Summer Palace dan taman diraja yang saya rakam di bawah ini sungguh menakjubkan!
| Saya kesejukan dan tak sanggup nak buka sarung tangan |
| Saya, uncle, cousin dan isteri cousin saya mengabadikan kenangan di sini |
| kami suka pokok tak berdaun ni |
Setelah menikmati permandangan di Summer Palace, kami dibawa ke SILK CENTRE dimana semua pelancong diwajibkan melawat tempat-tempat yang ditentukan oleh Kerajaan, jadi Silk Centre merupakan satu daripada 4 tempat yang wajib. Sampai di Silk Centre, kami teruja mendengar penerangan bagaimana kain sutera dibuat. Pegawai penerangan merangkap jurujual kemudian menjemput kami ke bahagian atas kedai 2 tingkat itu. Kami ditunjukkan cadar sutera yang harganya mencecah 1000-2000 Yuan (dalam RM500 hingga RM1000) , beria-ia benar jurujual menerangkan kebaikan cadar sutera yang katanya boleh tahan sehingga 20 tahun. Saya dan sepupu berbisik sesama sendiri, bawa duit pun dalam RM1000, kalau beli cadar sutera nampaknya kami kena balik terus, nak shopping apa lagi...bila tiada seorang pun dari group kami yang berminat membeli cadar sutera, kami dibawa ke bahagian kain sutera yang harganya memang mahal. Rata-rata kami tahu kain sutera memang mahal tetapi corak kainnya agak ketinggalan zaman, bukan taste orang Malaysia saya rasa. Adalah sorang dua dari group kami yang beli kain sutera mungkin menepati citarasa mereka tetapi rata-rata turun dengan tangan kosong. Rasanya jurujual tu fedup tengok muka kami, tunjuk apa pun tak minat!!!
| Pegawai merangkap jurujual menerangkan proses tumbesaran ulat sutera |




