Thursday, November 27, 2014

Cerita kunci dan terkunci

Entah macamana minggu lepas cerita berkisah tentang kunci, sorang terkunci dalam rumah tak boleh keluar, sorang terkunci di luar tak boleh masuk dan sorang lagi kunci kereta misplaced sampai tak jumpa….so let me story you the first one – anak gadis saya Amira terkunci dalam rumah tak boleh keluar. 

Kisahnya kami sekeluarga balik kampung untuk majlis perkahwinan anak saudara saya di Kuala Kangsar tetapi Amira tak dapat ikut sebab dia ada kelas di UM dan ada annual dinner office dia..sebaik hubby saya sampai di kampung Amira called tanya mana bunch of keys dia sebab tak ada bergantung di tempat selalu, when my hubby checked rupa2nya dia terbawa balik that bunch of keys termasuklah kunci grill pintu depan, kalau Amira boleh buka pintu pun, dia tak dapat buka grill…hubby saya panik, tak boleh fikir apa2 dia kata dia terpaksa balik semula ke KL, waktu tu kami dah siap2 ke majlis perkahwinan di dewan.  Uncle saya cuba call kawan dia di Selayang kalau2 boleh cari tukang kunci untuk bukakan pintu grill tapi kedai tukang kunci hanya buka pukul 11pagi sedangkan kelas anak saya bermula pukul 10 pagi. So uncle saya dapat solution lain, dia call bomba Selayang dan bagi tahu yang anak saya terkunci di dalam tapi boleh keluar ikut tingkap di balkoni depan, nasib baik saya tak pasang grill di tingkap memandangkan rumah saya guarded town house so rasa macam tak perlu grill semua tu. 

Anak saya cerita satu truck datang dengan 8 ahli bomba yang nak bawa turun anak saya…bila anak saya keluar dari tingkap dengan bag pakaian dia (sebenarnya lepas kelas dia ada rehearsal persembahan untuk annual dinner), pegawai bomba tanya betul ke awak ni bukan nak lari dari rumah…anak saya kata tak lah, kalau nak lari baik dia call bomba sendiri buat apa beritahu mak ayah dia dan uncle dia yang call bomba. Oleh kerana anak saya berbadan kecil dan ringan, mereka tak pakai tangga pun untuk turunkan anak saya, hanya berdiri di atas atap porch dan turun atas tong sampah besar kemudian mereka dukung dia ke bawah macam dukung budak sekolah jer…..sesungguhnya grill ni memang boleh perangkap kita sendiri, itu kisah tak boleh keluar, what if terjadi kebakaran, nauzibbillah!!


Cerita kunci yang kedua pula, kawan anak saya sepatutnya pergi rehearsal performance pukul 2 ptg di Hotel Istana, bila anak saya called tanya dia kat mana, dia pulak terkunci di luar rumah tak dapat masuk. Awal pagi tu kawan dia pergi swimming di kondo dia tinggal hanya pakai baju mandi dah bathrobe towel, masa dia pergi swimming parent dia keluar rumah tanpa bertanya samada anak dia keluar swimming bawa kunci ke tidak…kawan2 yang dah menunggu di Hotel Istana suruh juga dia datang, dia jawab gila ke korang kalau dia boleh datang dengan baju mandi dan bathrobe towel!  Pengajarannnya kalau nak keluar rumah mesti bawa kunci sendiri, jangan fikir ahli keluarga tak keluar rumah…mena tahu tiba2 ada hal yang mendadak kena keluar rumah dan tak sempat nak beritahu kita kan susah tu…

Cerita kunci yang ketiga ni ialah abang ipar saya misplaced kunci kereta yang diparkir di garaj rumah. Sepatutnya lepas majlis perkahwinan di Kuala Kangsar kakak dan abang ipar saya balik ke KL tetapi kunci kereta Perdana yang katanya dia letak atas meja makan tidak ada di situ lagi. Semua ahli keluarga sudah puas tolong cari kunci kereta tu sampai petang tak jumpa. Akhirnya buat keputusan ikut balik dengan kereta saya dan terpaksa tinggalkan kereta di Kuala Kangsar. Kakak saya pula tinggalkan kunci spare kereta di KL…dah nak jadi cerita terpaksa lah abang ipar saya balik semula ke Kuala Kangsar the next day dengan bas untuk bawa balik kereta tu…saya tak sempat nak Tanya samada dah jumpa ke belum kunci yang hilang di K Kangsar tu…


So itulah cerita kunci dan terkunci minggu lepas, banyak juga benda yang kita nak kena fikir untuk keselamatan bersama. Apa2 pun saya nak ucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai bomba dan penyelamat yang telah berusaha membawa keluar dan menurunkan anak saya ke halaman dengan selamat. Alhamdullillah, syukur!