Friday, November 28, 2014

Hantaran majlis perkahwinan Ennie & Ayie

Saya sebenarnya suka sangat benda yang berkaitan dengan kraftangan atau something creative...dah ada plan dalam kepala nak buat apa jika saya bersara nanti sebab saya ni ada banyak benda boleh buat, tidaklah expert tapi boleh buat...orang kata jack of all trades but master of none..itulah saya! Saya boleh menjahit dan pernah ambil upah menjahit baju kawan2 satu office sejak mula kawin lagi untuk menampung gaji yang kecil. Saya seronok design dan jahit sendiri baju anak2...Allah kurniakan saya 3 anak perempuan maka bertambah kreatiflah saya mereka dan meniru design di majalah..nanti saya cerita pasal jahit menjahit..sekarang saya nak tunjukkan hasil idea kreatif saya iaitu hias dulang hantaran!

Tema pihak lelaki yellow and green





Dan saya juga diminta untuk hias dulang untuk pihak perempuan. Ennie minta saya gubahan jenis bunga keliling bantal dulang, so saya dengan bantuan Mak pengantin dan ipar2nya, kami rush ke Nilai untuk mencari bunga yang sesuai. Trip kami ke Nilai memang penuh dengan gelak ketawa sebab banyak kepala tentulah banyak idea...bila dah jumpa jenis bunga dan warna yang kami nak, stok pulak tak cukup, so we ended up beli jenis ala2 orchid dan hydrangea, memang agak mahal sebab bunga jenis ini kelihatan seperti fresh flower, jika ada yang berminat nak tempah jenis bunga begini nanti dan untuk keliling bantal dulang dibawah ini saya tak boleh nak charge murah sebab cost bunga untuk design gubahan ini memcecah RM360 (satu dulang memerlukan 15 kuntum bunga untuk 9 dulang saya perlukan 135 kuntum) tetapi hasilnya memang menarik!