Sunday, December 28, 2014

Hujan Pagi


Hujan pagi
aku bersendiri
meniti hari-hari
dengan rindu di hati

dalam hujan pagi
yang ku lihat hanyalah
bayanganku sendiri
dengan wajah sepi basah
oleh hujan pagi
yang berbaur
dengan airmata rindu
rindu padamu.

23 Disember 98






Wednesday, December 24, 2014

Teater Takhta Tiga Ratu

Saya memang meminati teater sejak zaman remaja tetapi waktu dulu-dulu mana ada persembahan teater berskala besar seperti persembahan di Istana Budaya. Banyak juga persembahan teater yang saya tonton samada dengan suami, keluarga atau kawan-kawan di Istana Budaya, antaranya awal-awal dahulu yang saya masih ingat judul ialah - Cendana (saya lupa apakah itu judulnya) lakonan Fauziah Nawi, Haliza Misbun dan Johara Ayob, teater berbahasa Inggeris "Idris Club", 'Ronggeng Rokiah" lakonan Sapura, "Malim Kundang" "Puteri Gunung Ledang Musical", "Badai Semalam" lakonan Aaron Aziz dan Erra Teater P. Ramlee the musical, Supermokh the Musical lakonan Awie dan Maya Karin, Dibawah Lindungan Kaabah lakonan Adi Putra dan Nasha Aziz dan yang terakhir Takhta 3 Ratu lakonan Awi sebagai Hang Tuah, Erra sebagai Lela Wangsa atau Tun Teja, Izrin Azminda sebagai Raden Galuh, So Winci sebagai Puteri Hang Li Po dan Azri Iskandar sebagai Raja Mansyur Syah arahan Erma Fatima.


Istana Budaya, Jalan Tun Razak

Ruang dalam panggung
Bagi saya setiap teater ada keunikan masing-masing dari segi stage prop dan pencahayaan. Ada yang simple, kosong tetapi penuh dengan pengisian dialog-dialog yang mantap, padat dan jalan cerita yang membawa kita bersama kedalam ceritanya. Ada pula yang lebih fokus pada stage prop yang gempak tetapi pelakon pula tak begitu menyakinkan, maklumlah berlakon teater bukan mudah kerana dialog yang dilontarkan adalah live. Berbalik kepada teater Takhta 3 Ratu, saya memuji lakonan Awie yang tidak pernah mengecewakan saya. Beliau seorang yang komited dan profesional dalam tugasnya. Sewaktu dia berdrama dengan Erra, saya yang menonton terbawa ke kisah cinta mereka satu waktu dulu tetapi kedua-duanya amat professional dan bersahaja walau jauh di sudut hati kita tak dapat meneka isi hati mereka.






No flash in the theater, ini saya ambil masa dah nak bangun keluar

Review baik di dalam Mingguan Malaysia 21 Disember 2014
Gambar oleh Berita Harian


Untuk menonton teater di Istana Budaya bolehlah layari website www.istanabudaya.gov.my.

Tuesday, December 23, 2014

Trip ke Shanghai 2014

Kami bertolak ke Shanghai dengan bullet train no. G157 yang memakan masa selama 5 jam. Bagasi kami yang sudah beranak-pinak agak menyulitkan keadaan kami dan sebahagian dari bagasi kami menghalang laluan masuk ke gerabak kami. Peramugari keretapi membantu memunggah dan menyusun semua bagasi kami semula.  Setiba di stesen keretapi Shanghai, kami disambut oleh pemandu pelancong bernana Jennifer dan dia fasih berbahasa Inggeris loghat Amerika. Keadaan yang sejuk memaksa kami terus naik ke atas bas yang sedia menunggu dan membawa kami ke hotel Rayfront. Sebaik saja semua sudah dapat bilik masing-masing, kami berpisah di lobi untuk tidur kerana semua sudah kepenatan memunggah bagasi. Saya terfikir juga, larat lagi kah saya nak travel begini kerana mengheret bagasi lebih dari satu bag membuatkan saya amat lelah dan berhenti berkali-kali meregangkan tangan yang lenguh! Bukan apa, di stesen keretapi Shanghai tidak disediakan free porter service, setiap bagasi yang hendak diangkat dikenakan 50 Yuan (RM25.00) memang mahal kerana rara-rata kami ada 3 buah bagasi, so kami sepakat tak ambil porter jadi kenalah heret bagasi sendiri menaiki lebih dari 3 kali escalator ke aras atas sekali (dari aras bawah sekali sebab tak tahu dimana arah lift!


HARI PERTAMA

Selepas sarapan pagi yang tidak begitu menyelerakan (apa tak nya, roti putih yang disediakan cuma ada jam straberry dan marjerin - not even butter yang diletakkan didalam mangkok besar so saya rasa kurang hijenik sebab sudah biasa guna butter dan jam with individual packed), kami terus dibawa ke People's Square yang terletak berhadapan dengan bangunan Bandaraya Shanghai. Dalam perjalanan Jennifer menerangkan sejarah Shanghai yang katanya Shanghai ialah baby city yang dibangunkan di atas tanah rata atau delta. Shanghai berbeza dari Beijing dimana tidak terdapat banjaran gunung atau bukit bukau. Shanghai berasal dari sebuah perkampungan nelayan sejak 150 tahun yang lalu dan sedang pesat membangun dengan mengambil Singapura sebagai benchmark mereka. Populasi Shanghai mencecah 24 juta dan menerima kehadiran lebih kurang 4 juta pelancong setahun. Industri utama Shanghai ialah exhibition peringkat antarabangsa dan oleh kerana Shanghai membangun mengikut acuan barat iaiatu British dan Perancis, kini terdapat 23 buah sekolah antarabangsa di kota itu. Shanghai juga merupakan kota fesyen yang up todate.

People's Square

Bangunan Dewan Bandaraya Shanghai


Selepas itu kami dibawa ke Nanjing Road East Shanghai, memang bangunan-bangunan tinggi tersusun rapi menggapai awan. Terlalu banyak bangunan-bangunan pencakar langit yang sedang dalam pembinaan dan Shanghai yang kelihatannya dirancang dengan rapi adalah sebuah bandaraya yang bersih. Shanghai dibina mengikut senibina moden dan kebaratan, berada di Shanghai seperti berada di New York, London atau Paris. Kelihatan lebih banyak tulisan dalam bahasa Inggeris dan nama-nama restoran barat terdpat di merata-rata tempat. Bagaimanapun Shanghai masih preserve "China Town" mereka dan kami dibawa melawat Old Town Shanghai.

Nanjing Road seperti di Bintang Walk, KL




Shanghai Old Town





Selepas itu kami di bawa ke The Bund ditepi Sungai Huangpu. Dari dataran The Bund, kelihatan tersusun bangunan pencakar langit yang moden diseberang sungai. Kami menghabiskan masa hampir satu jam menikmati pemandangan yang amat cantik ditepi sungai seolah-olah saya berada di River Theme, London.

Lihat bangunan pencakar langit di belakang kami bagaikan dalam photo studio

Saya berdiri di tengah-tengah The Bund tepi Sungai Huangpu




Lihat senibina bangunannya seperti di Europe




Myself with cousins and friend



Nampak tak ada Big Ben di belakang sana







Di kawasan taman The Bund


Pada sebelah malamnya kami dibawa ke dataran The Bund sekali lagi untuk menaiki cruise di Sungai Huangpu. Tiket untuk menaiki cruise ialah 100 Yuan (RM50.00) agak mahal tetapi ternyata pelayaran selama lebih kurang 45 minit menyusuri sungai diwaktu malam berbaloi. Kami puas menikmati lampu-lampu yang menghiasi bangunan di sepanjang sungai memang mengasyikkan.
Cuma suasana di dalam kapal agak bingit kerana rata-rata orang-orang di China bercakap dengan suara yang agak kuat walau mereka hanya dua orang sehingga mengganggu ketenangan orang lain menikmati pelayaran malam itu.








HARI KEDUA

Kami bertolak ke Oriental Pearl Radio & TV Tower yang terletak di Pudong Park. Tower ini setinggi 468 meter (1536 kaki) merupakan menara yang keenam tertinggi di dunia dan merupakan stesen pemancar TV yang kedua tertinggi di China. Reka bentuk menaranya sangat unik dan menarik beribu-ribu pelawat kesini tetapi kami tidak naik ke menara ini kerana bayaran yang dikenakan ialah 150 Yuan (RM75.00) dan kebanyakkan dari kami fikir tak perlulah naik ke atas, memadailah bergambar di bawah sahaja dengan pemandangan disekitar menara amat menarik seperti yang saya rakamkan ini. 

Oriental Pearl Radio & TV Tower


Di hadapan restoran Subway bersebelahan kaunter tiket






Selepas melawat Oriental Pearl Tower, kami pergi makan tengahari dan solat di Xiao Taoyuan Mosque. Masjid ini kelihatan buruk dari luar tetapi bahagian dalamnya masih baik dan bersih. 

Ruang dalam masjid yang bersih dan kemas







Selepas menunaikan solat zohor, kami bergerak untuk makan tengahari dan seterusnya kami dibawa ke satu lagi Government Shop iaitu Tea House. Perjalanan menuju ke Tea House tidak lancar kerana kesesakan jalanraya. Pemandu kami merungut-rungut dalam bahasa Mandarin mungkin dia sudah kepenatan. Kami tiba di Tea House dalam masa lebih satu jam ada yang sudah terlena di dalam bas. Sesampai kami di situ, kami di bawa ke tingkat atas untuk mendengar penerangan tentang tea dan sejarah pembuatan tea yang berbagai jenis. Kami tidak dibenarkan mengambil foto di dalam bilik mencuba pelbagai jenis tea tetapi ingin saya terangkan disini, harga teh yang dijual mencecah hingga 500-1000 Yuan (RM250-500.00) dek kerana lamanya ramuan teh itu disimpan ada yang hingga 5-6 tahun. Rupa-rupanya lebih lama teh disimpan, lebih berkualiti jadinya sebab itu harganya menjadi semakin mahal. Tak seorang pun dari kami membeli serbuk teh yang ditawarkan hingga seorang pekerja merayu kepada kami dengan perbagai tawaran atau offer, beli satu dapat satu tin free dan sebagainya. Saya jelaskan kepada pemandu pelancong kami yang orang Melayu di Malaysia bukan peminum teh cina dan minum teh bukan budaya kami, sebab itulah kami tak berminat untuk membeli teh yang ditawarkan malah tak ada yang lebih murah dari 50 Yuan!

Selepas itu kami dibawa ke Tabaocheng Market atau Fake Market untuk membeli-belah cenderahati.  Di sini terdapat 3 tingkat kedai2 yang menjual cenderahari, pakaian, cadar, beg tangan, kasut, pashminas, barangan dan pakaian sukan, gadget barang-barang elektronik dan komputer serta banyak lagi yang kesemuanya tiruan dari jenama terkenal. Disini ternyata penjualnya agak lembut dari yang di Beijing, kalau tak beli kami tak begitu dimarah atau dikejar.

Kami meninggalkan Taboacheng Market dalam pukul 5 petang untuk makan malam di restoran Muslim yang sama cuma menu yang agak berbeza dari malam sebelumnya. Restoran ini terletak di satu kawasan menjual daging fresh dan steamboat HALAL. di luar restoran ada DJ yang memutarkan lagu ala-ala DJ di supermarket di Malaysia. Kami kembali ke hotel dalam pukul 8 malam dan malam ini kami terpaksa packing barang-barang yang dibeli, manalah tahu kalau-kalau masih tak cukup bag.

HARI KETIGA

Ini ialah hari terakhir kami di Shanghai dan hati dah mula berbunga nak balik ke Malaysia. Perasaan rindu kepada suami, anak-anak dan kucing-kucing saya tak dapat saya sembunyikan lagi. Kami memuatkan bagasi kedalam bas dan bergerak menuju ke Pudong Shanghai Airport. Kami checked in untuk menaiki pesawat CX 367 menuju ke Hong Kong. Kami tiba di Hong Kong dalam pukul 3.10 petang sepatutnya kami terus menuju ke bahagian transit untuk menaiki pesawat seterusnya ke Kuala Lumpur tetapi kami diberitahu yang pesawat kami sidah ditukarkan ke penerbangan pukul 8.30 malam. Kami diberikan kupon makan untuk ditebus kerana kelewatan tersebut. Selepas menunaikan solat Zohor dan jamak Asar, kami pergi mencari satu-satunya Restoran yang halal ialay Chicken Popye terletak jauh di gate 12. Bagaimanapun kami puas hati sebab restoran itu menerima kupon untuk ditebus. Penerbangan ke Kuala Lumpur berjalan lancar dan tiba kira-kira jam 1220 tengah malam. Saya sampai dirumah kira-kira jam 2.30 pagi dan bangun untuk pergi kerja keesokan harinya!

Wednesday, December 17, 2014

Aku dan burung

Aku dengar burung itu bernyanyi
Sebuah lagu duka
Mengapa?
Mungkinkah sayapnya luka

Aku lihat burung itu hinggap
Di atas sebatang ranting
Yang rapuh
Serapuh hatinya

Semalam aku lihat lagi
Burung itu di situ
Tapi dia hanya membisu
Adakah dia telah kehilangan
Suaranya yang merdu
Atau dia hanya mencari
Sebuah harga diri yang semakin hilang?


 Jun M.H.
11.11.97
Unknown place 

Empty World

In the still of the night
I am looking at this empty world of mine
I could hear the mournful cry of some birds
In the distance
This lonely morning
I see you walked away without a word
And never looked back at me

Here I am standing by the window
Of my broken heart
Watching you go
In the morning rain
And my tears drained
Only God knows the pain!



Translated from my old poem: 













Dunia yang kosong

Dalam keheningan malam
aku menyaksikan dunia ku yang kosong
ku dengar suara burung menangis hiba
dari kejauhan
Di pagi yang sunyi ini
aku melihat engkau pergi tanpa pesan
dan tidak menoleh padaku lagi
disini aku berdiri ditepi jendela
hatiku yang telah luka
menyaksikan engkau berlalu
dalam hujan pagi
dan airmataku pun mengalir
hanya Tuhan yang mengetahui pedihnya


 Jun M.H.
 Damansara Heights, 2 Julai 99 

Trip ke Beijing 2014 part 3

HARI KEEMPAT

Saya dan Zarina satu hati tak nak turun bersarapan sebab dah mula rasa jemu dengan roti dan buah-buahan saja. Kami bancuh air teh kosong sendiri di bilik hotel dan makan roti gardenia ikan bilis yang dibekalkan oleh kakak saya dari KLIA. Kami perlu check in terus sebelum bertolak ke Forbidden City dan seterusnya berangkat ke Shanghai pada sebelah petang dengan menaiki bullet train.

Kami sampai awal ke Tiananmen Square iaitu dataran  keempat terbesar di dunia dan merupakan sempadan yang memisahkan Forbidden City. Semua pelancong yang hendak ke Forbidden City akan melalui Tiananmen Square dimana 25 tahun dahulu menjadi tempat pelajar-pelajar pro-demokrasi berdemonstrasi. Anda yang berminat ingin tahu bagaimana demonstrasi berdarah itu terjadi sila rujuk ke link ini : http://mashable.com/2014/06/04/tiananmen-square-massacre-photos.







Ditempat saya berdini ini lah berlakunya peristiwa demonstrasi berdarah 25 tahun yang lalu

Group photo at Tiananmen Square with Forbidden City Entrance at the back of us
Kami bergerak ke pintu masuk Forbidden City melalui jalan bawah tanah untuk menyebrang jalan raya yang luas. Forbidden City ialah salah satu tempat yang wajib dilawati, menurut kata tourist guide kami jika anda berkunjung ke Forbidden City bererti anda telah jejak kaki ke negara China.

Forbidden City merupakan istana raja China dari zaman Dinasti Ming hingga ke zaman pemerintahan Dinasti Qing. Ianya terletak di tengah-tengah kota Beijing, dan kini menjadi Palace Museum. Selama hampir 500 tahun tempat ini dihuni oleh Raja dan maharani serta gundik-gundik juga sebagai tempat upacara keramaian rasmi dan juga sebagai pusat pentadbiran kerajaan China. Saya hanya mampu berjalan hingga ke istana yang kelima kalau tak silap kerana kawasanya terlalu luas dan kami diberi masa selama 3 jam di sini. Menjelang dua jam, kaki sudah terasa kebas akibat sejuk yang mengigit-gigit dengan sesekali angin bertiup.












Belakang saya ialah the Hall of Supreme Harmony 










Saya berdiri menghala ke jalan keluar dari Forbidden City 
Kami keluar dari Forbidden City dalam pukul 11.30 pagi dan terasa perut amat lapar kerana pagi tadi saya hanya bersarapan sekeping roti Gardenia dengan teh O. Sebaik masuk ke dalam bas, saya alas perut dengan bekalan coklat Kit Kat dan minum air mineral. Kami bergerak menuju ke Yaw Shaw market untuk last minute shopping serta makan tengahari.

Yashow Market lebih kurang sama dengan Silk Street dimana semua jenis barang dijual di sana. Kita kena pandai tawar harga serenda yang boleh kerana penjual di sana memang sengaja menaikkan harga yang teramat tinggi. Kami sekali lagi berhadapan dengan peniaga yang garang dan agak kurang ajar. Jika kami tawar harga yang terlalu rendah, ada yang merampas barang mereka dari tangan dengan muka yang mencuka sambil berkata "I lose money, NO NO!!!" ada yang kata "You crazy you want that price???" Kami yang dah belajar macamana nak lawan balik, kami naik suara sama tinggi dengan mereka dan berlalu. Ada yang tak putus asa kejar kami sampai ke pintu lift bila mereka rasa harga yang kami tawar itu memang harga jualan sebenar. Di sini hampir separuh dari kami membeli beg bagasi besar atau bag tambahan untuk mengisi cenderahati dan barang-barang yang telah dibeli. Ada yang borong cadar cotton patch work yang sedang SALE, malangnya saya sudah pokai, hanya tinggal 300 Yuan untuk bekalan ke Shanghai jadi saya tak begitu teruja untuk shopping.

Kami makan tengahari di food court Yashow Market dimana hanya ada satu sahaja Muslim restaurant disitu. Selepas makan kami singgah solat Zohor dan jamak Asar di sebuah masjid yang saya terlupa catat namanya. Selepas selesai solat, kami dibawa menuju ke stesen keretapi Beijing. Perasaan teruja sebab nak merasa naik bullet train akhirnya tercapai. Oleh kerana pukul 5 petang sudah malam, saya tak dapat nak rasa kelajuan train cuma waktu berselisih memang terasa keretapi seperti berdesup dan hilang dalam kegelapan malam. Suasana dalam keretapi sama seperti dalam kapal terbang, ruang tempat duduk yang luas amat selesa. Kami kepenatan berjalan di Forbidden City dan semua terlelap walau jam baru pukul 7 malam. Kami tiba di Shanghai pada pukul 11.30 malam dan di sambut oleh tourist guide wanita juga bernama Jennifer dan beliau berbahasa Inggeris dengan loghat amerika.

Beijing Railway Station 


Sepupu saya yang berdiri tu melilai mata nak shopping lagi kalau2 ada yang boleh dibeli di stesen keretapi sebelum berangkat ke Shanghai!