HARI KEEMPAT
Saya dan Zarina satu hati tak nak turun bersarapan sebab dah mula rasa jemu dengan roti dan buah-buahan saja. Kami bancuh air teh kosong sendiri di bilik hotel dan makan roti gardenia ikan bilis yang dibekalkan oleh kakak saya dari KLIA. Kami perlu check in terus sebelum bertolak ke
Forbidden City dan seterusnya berangkat ke Shanghai pada sebelah petang dengan menaiki bullet train.
Kami sampai awal ke Tiananmen Square iaitu dataran keempat terbesar di dunia dan merupakan sempadan yang memisahkan Forbidden City. Semua pelancong yang hendak ke Forbidden City akan melalui Tiananmen Square dimana 25 tahun dahulu menjadi tempat pelajar-pelajar pro-demokrasi berdemonstrasi. Anda yang berminat ingin tahu bagaimana demonstrasi berdarah itu terjadi sila rujuk ke link ini : http://mashable.com/2014/06/04/tiananmen-square-massacre-photos.
 |
| Ditempat saya berdini ini lah berlakunya peristiwa demonstrasi berdarah 25 tahun yang lalu |
 |
| Group photo at Tiananmen Square with Forbidden City Entrance at the back of us |
Kami bergerak ke pintu masuk Forbidden City melalui jalan bawah tanah untuk menyebrang jalan raya yang luas. Forbidden City ialah salah satu tempat yang wajib dilawati, menurut kata tourist guide kami jika anda berkunjung ke Forbidden City bererti anda telah jejak kaki ke negara China.
Forbidden City merupakan istana raja China dari zaman Dinasti Ming hingga ke zaman pemerintahan Dinasti Qing. Ianya terletak di tengah-tengah kota
Beijing, dan kini menjadi
Palace Museum. Selama hampir 500 tahun tempat ini dihuni oleh Raja dan maharani serta gundik-gundik juga sebagai tempat upacara keramaian rasmi dan juga sebagai pusat pentadbiran kerajaan China. Saya hanya mampu berjalan hingga ke istana yang kelima kalau tak silap kerana kawasanya terlalu luas dan kami diberi masa selama 3 jam di sini. Menjelang dua jam, kaki sudah terasa kebas akibat sejuk yang mengigit-gigit dengan sesekali angin bertiup.
 |
| Belakang saya ialah the Hall of Supreme Harmony |
 |
| Saya berdiri menghala ke jalan keluar dari Forbidden City |
Kami keluar dari Forbidden City dalam pukul 11.30 pagi dan terasa perut amat lapar kerana pagi tadi saya hanya bersarapan sekeping roti Gardenia dengan teh O. Sebaik masuk ke dalam bas, saya alas perut dengan bekalan coklat Kit Kat dan minum air mineral. Kami bergerak menuju ke Yaw Shaw market untuk last minute shopping serta makan tengahari.
Yashow Market lebih kurang sama dengan Silk Street dimana semua jenis barang dijual di sana. Kita kena pandai tawar harga serenda yang boleh kerana penjual di sana memang sengaja menaikkan harga yang teramat tinggi. Kami sekali lagi berhadapan dengan peniaga yang garang dan agak kurang ajar. Jika kami tawar harga yang terlalu rendah, ada yang merampas barang mereka dari tangan dengan muka yang mencuka sambil berkata "I lose money, NO NO!!!" ada yang kata "You crazy you want that price???" Kami yang dah belajar macamana nak lawan balik, kami naik suara sama tinggi dengan mereka dan berlalu. Ada yang tak putus asa kejar kami sampai ke pintu lift bila mereka rasa harga yang kami tawar itu memang harga jualan sebenar. Di sini hampir separuh dari kami membeli beg bagasi besar atau bag tambahan untuk mengisi cenderahati dan barang-barang yang telah dibeli. Ada yang borong cadar cotton patch work yang sedang SALE, malangnya saya sudah pokai, hanya tinggal 300 Yuan untuk bekalan ke Shanghai jadi saya tak begitu teruja untuk shopping.
Kami makan tengahari di food court Yashow Market dimana hanya ada satu sahaja Muslim restaurant disitu. Selepas makan kami singgah solat Zohor dan jamak Asar di sebuah masjid yang saya terlupa catat namanya. Selepas selesai solat, kami dibawa menuju ke stesen keretapi Beijing. Perasaan teruja sebab nak merasa naik bullet train akhirnya tercapai. Oleh kerana pukul 5 petang sudah malam, saya tak dapat nak rasa kelajuan train cuma waktu berselisih memang terasa keretapi seperti berdesup dan hilang dalam kegelapan malam. Suasana dalam keretapi sama seperti dalam kapal terbang, ruang tempat duduk yang luas amat selesa. Kami kepenatan berjalan di Forbidden City dan semua terlelap walau jam baru pukul 7 malam. Kami tiba di Shanghai pada pukul 11.30 malam dan di sambut oleh tourist guide wanita juga bernama Jennifer dan beliau berbahasa Inggeris dengan loghat amerika.
 |
| Beijing Railway Station |
 |
| Sepupu saya yang berdiri tu melilai mata nak shopping lagi kalau2 ada yang boleh dibeli di stesen keretapi sebelum berangkat ke Shanghai! |
No comments:
Post a Comment