Kami bertolak ke Shanghai dengan bullet train no. G157 yang memakan masa selama 5 jam. Bagasi kami yang sudah beranak-pinak agak menyulitkan keadaan kami dan sebahagian dari bagasi kami menghalang laluan masuk ke gerabak kami. Peramugari keretapi membantu memunggah dan menyusun semua bagasi kami semula. Setiba di stesen keretapi Shanghai, kami disambut oleh pemandu pelancong bernana Jennifer dan dia fasih berbahasa Inggeris loghat Amerika. Keadaan yang sejuk memaksa kami terus naik ke atas bas yang sedia menunggu dan membawa kami ke hotel Rayfront. Sebaik saja semua sudah dapat bilik masing-masing, kami berpisah di lobi untuk tidur kerana semua sudah kepenatan memunggah bagasi. Saya terfikir juga, larat lagi kah saya nak travel begini kerana mengheret bagasi lebih dari satu bag membuatkan saya amat lelah dan berhenti berkali-kali meregangkan tangan yang lenguh! Bukan apa, di stesen keretapi Shanghai tidak disediakan free porter service, setiap bagasi yang hendak diangkat dikenakan 50 Yuan (RM25.00) memang mahal kerana rara-rata kami ada 3 buah bagasi, so kami sepakat tak ambil porter jadi kenalah heret bagasi sendiri menaiki lebih dari 3 kali escalator ke aras atas sekali (dari aras bawah sekali sebab tak tahu dimana arah lift!
HARI PERTAMA
Selepas sarapan pagi yang tidak begitu menyelerakan (apa tak nya, roti putih yang disediakan cuma ada jam straberry dan marjerin - not even butter yang diletakkan didalam mangkok besar so saya rasa kurang hijenik sebab sudah biasa guna butter dan jam with individual packed), kami terus dibawa ke People's Square yang terletak berhadapan dengan bangunan Bandaraya Shanghai. Dalam perjalanan Jennifer menerangkan sejarah Shanghai yang katanya Shanghai ialah baby city yang dibangunkan di atas tanah rata atau delta. Shanghai berbeza dari Beijing dimana tidak terdapat banjaran gunung atau bukit bukau. Shanghai berasal dari sebuah perkampungan nelayan sejak 150 tahun yang lalu dan sedang pesat membangun dengan mengambil Singapura sebagai benchmark mereka. Populasi Shanghai mencecah 24 juta dan menerima kehadiran lebih kurang 4 juta pelancong setahun. Industri utama Shanghai ialah exhibition peringkat antarabangsa dan oleh kerana Shanghai membangun mengikut acuan barat iaiatu British dan Perancis, kini terdapat 23 buah sekolah antarabangsa di kota itu. Shanghai juga merupakan kota fesyen yang up todate.
| People's Square |
| Bangunan Dewan Bandaraya Shanghai |
Selepas itu kami dibawa ke Nanjing Road East Shanghai, memang bangunan-bangunan tinggi tersusun rapi menggapai awan. Terlalu banyak bangunan-bangunan pencakar langit yang sedang dalam pembinaan dan Shanghai yang kelihatannya dirancang dengan rapi adalah sebuah bandaraya yang bersih. Shanghai dibina mengikut senibina moden dan kebaratan, berada di Shanghai seperti berada di New York, London atau Paris. Kelihatan lebih banyak tulisan dalam bahasa Inggeris dan nama-nama restoran barat terdpat di merata-rata tempat. Bagaimanapun Shanghai masih preserve "China Town" mereka dan kami dibawa melawat Old Town Shanghai.
| Nanjing Road seperti di Bintang Walk, KL |
| Shanghai Old Town |
Selepas itu kami di bawa ke The Bund ditepi Sungai Huangpu. Dari dataran The Bund, kelihatan tersusun bangunan pencakar langit yang moden diseberang sungai. Kami menghabiskan masa hampir satu jam menikmati pemandangan yang amat cantik ditepi sungai seolah-olah saya berada di River Theme, London.
| Lihat bangunan pencakar langit di belakang kami bagaikan dalam photo studio |
| Saya berdiri di tengah-tengah The Bund tepi Sungai Huangpu |
| Lihat senibina bangunannya seperti di Europe |
| Myself with cousins and friend |
| Nampak tak ada Big Ben di belakang sana |
| Di kawasan taman The Bund |
Pada sebelah malamnya kami dibawa ke dataran The Bund sekali lagi untuk menaiki cruise di Sungai Huangpu. Tiket untuk menaiki cruise ialah 100 Yuan (RM50.00) agak mahal tetapi ternyata pelayaran selama lebih kurang 45 minit menyusuri sungai diwaktu malam berbaloi. Kami puas menikmati lampu-lampu yang menghiasi bangunan di sepanjang sungai memang mengasyikkan.
Cuma suasana di dalam kapal agak bingit kerana rata-rata orang-orang di China bercakap dengan suara yang agak kuat walau mereka hanya dua orang sehingga mengganggu ketenangan orang lain menikmati pelayaran malam itu.
HARI KEDUA
Kami bertolak ke Oriental Pearl Radio & TV Tower yang terletak di Pudong Park. Tower ini setinggi 468 meter (1536 kaki) merupakan menara yang keenam tertinggi di dunia dan merupakan stesen pemancar TV yang kedua tertinggi di China. Reka bentuk menaranya sangat unik dan menarik beribu-ribu pelawat kesini tetapi kami tidak naik ke menara ini kerana bayaran yang dikenakan ialah 150 Yuan (RM75.00) dan kebanyakkan dari kami fikir tak perlulah naik ke atas, memadailah bergambar di bawah sahaja dengan pemandangan disekitar menara amat menarik seperti yang saya rakamkan ini.
| Oriental Pearl Radio & TV Tower |
| Di hadapan restoran Subway bersebelahan kaunter tiket |
Selepas melawat Oriental Pearl Tower, kami pergi makan tengahari dan solat di Xiao Taoyuan Mosque. Masjid ini kelihatan buruk dari luar tetapi bahagian dalamnya masih baik dan bersih.
| Ruang dalam masjid yang bersih dan kemas |
Selepas menunaikan solat zohor, kami bergerak untuk makan tengahari dan seterusnya kami dibawa ke satu lagi Government Shop iaitu Tea House. Perjalanan menuju ke Tea House tidak lancar kerana kesesakan jalanraya. Pemandu kami merungut-rungut dalam bahasa Mandarin mungkin dia sudah kepenatan. Kami tiba di Tea House dalam masa lebih satu jam ada yang sudah terlena di dalam bas. Sesampai kami di situ, kami di bawa ke tingkat atas untuk mendengar penerangan tentang tea dan sejarah pembuatan tea yang berbagai jenis. Kami tidak dibenarkan mengambil foto di dalam bilik mencuba pelbagai jenis tea tetapi ingin saya terangkan disini, harga teh yang dijual mencecah hingga 500-1000 Yuan (RM250-500.00) dek kerana lamanya ramuan teh itu disimpan ada yang hingga 5-6 tahun. Rupa-rupanya lebih lama teh disimpan, lebih berkualiti jadinya sebab itu harganya menjadi semakin mahal. Tak seorang pun dari kami membeli serbuk teh yang ditawarkan hingga seorang pekerja merayu kepada kami dengan perbagai tawaran atau offer, beli satu dapat satu tin free dan sebagainya. Saya jelaskan kepada pemandu pelancong kami yang orang Melayu di Malaysia bukan peminum teh cina dan minum teh bukan budaya kami, sebab itulah kami tak berminat untuk membeli teh yang ditawarkan malah tak ada yang lebih murah dari 50 Yuan!
Selepas itu kami dibawa ke Tabaocheng Market atau Fake Market untuk membeli-belah cenderahati. Di sini terdapat 3 tingkat kedai2 yang menjual cenderahari, pakaian, cadar, beg tangan, kasut, pashminas, barangan dan pakaian sukan, gadget barang-barang elektronik dan komputer serta banyak lagi yang kesemuanya tiruan dari jenama terkenal. Disini ternyata penjualnya agak lembut dari yang di Beijing, kalau tak beli kami tak begitu dimarah atau dikejar.
Kami meninggalkan Taboacheng Market dalam pukul 5 petang untuk makan malam di restoran Muslim yang sama cuma menu yang agak berbeza dari malam sebelumnya. Restoran ini terletak di satu kawasan menjual daging fresh dan steamboat HALAL. di luar restoran ada DJ yang memutarkan lagu ala-ala DJ di supermarket di Malaysia. Kami kembali ke hotel dalam pukul 8 malam dan malam ini kami terpaksa packing barang-barang yang dibeli, manalah tahu kalau-kalau masih tak cukup bag.
HARI KETIGA
Ini ialah hari terakhir kami di Shanghai dan hati dah mula berbunga nak balik ke Malaysia. Perasaan rindu kepada suami, anak-anak dan kucing-kucing saya tak dapat saya sembunyikan lagi. Kami memuatkan bagasi kedalam bas dan bergerak menuju ke Pudong Shanghai Airport. Kami checked in untuk menaiki pesawat CX 367 menuju ke Hong Kong. Kami tiba di Hong Kong dalam pukul 3.10 petang sepatutnya kami terus menuju ke bahagian transit untuk menaiki pesawat seterusnya ke Kuala Lumpur tetapi kami diberitahu yang pesawat kami sidah ditukarkan ke penerbangan pukul 8.30 malam. Kami diberikan kupon makan untuk ditebus kerana kelewatan tersebut. Selepas menunaikan solat Zohor dan jamak Asar, kami pergi mencari satu-satunya Restoran yang halal ialay Chicken Popye terletak jauh di gate 12. Bagaimanapun kami puas hati sebab restoran itu menerima kupon untuk ditebus. Penerbangan ke Kuala Lumpur berjalan lancar dan tiba kira-kira jam 1220 tengah malam. Saya sampai dirumah kira-kira jam 2.30 pagi dan bangun untuk pergi kerja keesokan harinya!