Friday, December 12, 2014

Trip ke Beijing 2014 Part 1


Saya memang suka travel dan kalau boleh saya nak pergi ke negara-negara yang budaya dan rakyatnya sangat berbeza dari Malaysia. Kebetulan sepupu saya mengajak ke Beijing musim sejuk malangnya suami tak suka kesejukan tapi dia benarkan saya ikut sepupu, bapa saudara dan isteri sepupu saya ke Beijing pada 4 Disember tempuhari. Oleh kerana saya dah confirmed dengan Poto Travel yang saya akan pergi maka bermulalah pencarian baju2, sarung tangan, penutup telinga, stokin, long john  untuk musim sejuk.

HARI PERTAMA


Kami menaiki pesawat A330 Cathay Pacific CX790 dan transit di Hong Kong. Dalam penerbangan agak relaks saya penuhi masa dengan menonton documentary Save the Dolphin part 2 hingga tak sedar pengumuman dibuat untuk mendarat dalam masa setengah jam. Sampai di airport Hong Kong dalam pukul  2.40 petang dan kami mencari prayer room yang terletak berhampiran dengan gate 41 di aras 2. Prayer room ini terbuka untuk semua agama jadi tidak ada pemisah tirai antara ruang solat lelaki dan perempuan. Kami yang perempuan solat dahulu kerana bilangan kami ramai, setelah kami selesai baru kaum lelaki bersolat.  Saya makan roti yang dibeli di KLIA untuk quick lunch kerana perut terasa lapar. Kami check in pada pukul 4 petang dan pesawat CX312 ke Beijing berlepas pada pukul 5.30 petang. Penerbangan yang memakan masa selama 3 jam setengah itu saya isikan dengan menonton movie. Saya pilih movie "If I stay" dan ternyata saya terkesan dengan  movie genre drama, jadi saya tidak terasa bosan dalam pesawat. 

Sebaik kami tiba di airport Beijing, terasa cuaca agak sejuk dan sesekali angin bertiup membuatkan kami kesejukan. Mujurlah saya memang dah pakai long john iaitu pakaian pemanas badan semasa singgah di Hong Kong atas pesanan ketua rombongan poto Travel, Puan Zalina, jika tidak tak tahu macamana saya nak bertahan dengan kesejukan itu. Bas bernombor 13731 yang sudah sedia menunggu membawa kami ke hotel Holiday Inn Express, sebaik saja turun dari bas udara memang sejuk, kata tourist guide kami yang bernama Anita Lee (dia sangat fasih berbahasa Melayu Indonesia) suhu malam itu ialah negatif 7 Celcius). Sebaik kami checked in, kami solat jamak Magrib dan Isyak. Mmata memang dah tersangat mengantuk, masing-masing kepenatan melalui perjalanan dari KLIA seawal pukul 10 pagi sampai di hotel pukul 11 malam.

Lobby Hotel Holiday Inn Express 
HARI KEDUA

Selepas sarapan pagi (kami hanya ambil roti bakar dengan butter dan jam, buah-buahan dan kopi atau air oren memandangkan makanan di hotel tidak halal) kami menaiki bas untuk pergi ke Summer Palace yang merupakan istana yang terletak di atas Longevity Hill dan dikelilingi Tasik Kunming. Tourist guide kami memulakan cerita tentang Beijing yang seluar 17,000 meter persegi dan mempunyai 16 daerah. Beijing mempunyai 19 juta penduduk yang bertumpu ke Kota beijing dari seluruh China. Beijing merupakan ibu kota ekonomi dan kebudayaan yang ujud sejak 3000 tahun dan Beijing menjadi Ibu Kota sejak 600 tahun semasa pemerintahan Dinasti Ming. Saya leka mencatat secara ringkas apa yang diberitahu oleh Anita. Beliau menuntut di Universiti Beijing dan belajar bahasa Melayu dan Indonesia di sana. 

Jari jemari saya leka merakam gambar sepanjang perjalanan ke Summer Palace. Kata Anita kota lama di bahagian central lebih banyak rumah tradisi, tak banyak bangunan tinggi kerana kepercayaan orang China bangunan tidak boleh melebihi ketinggian Istana Maharaja dan juga Maharaja tidak mahu permandangan seluruh Beijing terlindung oleh ketinggian bangunan pencakar langit. Di kawasan pinggir Beijing baru ada banyak bangunan tinggi yang agak lama dan lebih menonjolkan kebudayaan China. Beijing mempunyai 15 subway dan tujuh airport tetapi hanya dua yang beroperasi untuk penerbangan samada dalam negara atau antarabangsa iaitu Beijing Capital International Airport dan Beijing Nanyuan Airport.






Kami tiba di Summer Palace dalam pukul 10 pagi dan cuaca cerah tetapi sangat sejuk. Tak mampu saya nak buka sarung tangan sebab terasa angin menyucuk-nyucuk hujung jari saya. Summer Palace terletak di sebelah utara barat Haidian District Kota Beijing. Ianya mempunyai keluasan 15 kilometer dari central Beijing dan merupakan taman raja yang terbesar serta dipelihara dengan baik. Summer Palace mempunyai pengaruh horticultur China dan lanskap nya popular dengan pemandangan alam semulajadi.dimana ia juga dikenali sebagai 'The Museum of Royal Gardens'. Lihat foto-foto Summer Palace dan taman diraja yang saya rakam di bawah ini sungguh menakjubkan!




Saya kesejukan dan tak sanggup nak buka sarung tangan



Saya, uncle, cousin dan isteri cousin saya mengabadikan kenangan di sini

kami suka pokok tak berdaun ni




Setelah menikmati permandangan di Summer Palace, kami dibawa ke SILK CENTRE dimana semua pelancong diwajibkan melawat tempat-tempat yang ditentukan oleh Kerajaan, jadi Silk Centre merupakan satu daripada 4 tempat yang wajib. Sampai di Silk Centre, kami teruja mendengar penerangan bagaimana kain sutera dibuat. Pegawai penerangan merangkap jurujual kemudian menjemput kami ke bahagian atas kedai 2 tingkat itu. Kami ditunjukkan cadar sutera yang harganya mencecah 1000-2000 Yuan (dalam RM500 hingga RM1000) , beria-ia benar jurujual menerangkan kebaikan cadar sutera yang katanya boleh tahan sehingga 20 tahun. Saya dan sepupu berbisik sesama sendiri, bawa duit pun dalam RM1000, kalau beli cadar sutera nampaknya kami kena balik terus, nak shopping apa lagi...bila tiada seorang pun dari group kami yang berminat membeli cadar sutera, kami dibawa ke bahagian kain sutera yang harganya memang mahal. Rata-rata kami tahu kain sutera memang mahal tetapi corak kainnya agak ketinggalan zaman, bukan taste orang Malaysia saya rasa. Adalah sorang dua dari group kami yang beli kain sutera mungkin menepati citarasa mereka tetapi rata-rata turun dengan tangan kosong. Rasanya jurujual tu fedup tengok muka kami, tunjuk apa pun tak minat!!!

Pegawai merangkap jurujual menerangkan proses tumbesaran ulat sutera


Deretan cadar sutera yang berkualiti dan mahal harganya


Selepas itu kami pergi makan tengahari di salah satu Restoran Halal yang ada di sekitar Beijing. Antara menu yang disajikan lebih banyak sayur-sayuran dan kebanyakkan restoran menyajikan jagung samada jagung goreng tepung atau jagung seperti lempeng di potong-potong seperti pizza. Menu wajib mereka daging goreng lada hitam dan kentang goreng lada. Dibawah ini menu makan tengahari pertama kami.


Ini menu yang disediakan untuk pelanggan yang datang terletak di bahagian bawah restoran




Kemudian kami dibawa ke Masjid Nuijie yang terletak di Jalan Nuijie untuk menunaikan solat Zohor dan jamak Asar. Rupa bentuk masjid juga berunsur kebudayaan Cina kelihatan seperti rumah ibadat masyarakat bukan Islam. Di dalam kawasan masjid ada ruang istirehat dan juga library. Masjid ini merupakan pusat komuniti Islam di Beijing berkumpul dan belajar agama Islam










Selepas solat kami menyeberang jalan Nuijie untuk ke Muslim Supermarket dimana semua makanan halal dijual di situ. Kami melihat orang ramai berbaris panjang untuk mendapatkan daging halal diluar supermarket. Kami naik ke tingkat atas supermarket untuk melihat food court dimana macam-macam jenis makanan Chinese Muslim ada dijual. Maaf beberapa keping gambar dibawah ini tidak berkualiti kerana diambil dengan camera handphone.


Daging beku halal disusun di luar supermarket



Food court Halal di bahagian atas supermarket

Selepas itu kami dibawa melawat Bird's Nest Stadium dan Water Cube yang pernah menjadi gelanggang Suka Olimpik dan Paralimpik pada tahun 2008. Kami hanya lihat Water Cube dari jauh kerana ianya terletak di seberang Bird's Nest Stadium. Memang saya kagum dengan senibina stadium ini memang macam sarang burung. Diwaktu malam dipasang lampu berwarna warni menambahkan lagi daya tarikan pelancong yang melawat Beijing.










Selepas itu kami ke Chinese Medicine Centre dimana kami ditawarkan untuk diurut kaki. Kami pun berebut-rebut ambil tempat dan sekejap lagi masukkan ketua penerangannya yang berbahasa Indonesia, rupa2 beliau orang Indonesia yang bekerja disitu. Kemudian masuklah pengurut-pengurut yang lelaki urut kaki lelaki yang perempuan urut kaki perempuan. Dalam 5 minit masuk doktor bersama-sama dengan penterjemah. Yang doktor tu mula lihat tapak tangan saya dan katanya saya ni ada 2-3 jenis penyakit, saya ada masalah jantung, kolesterol tinggi dan sakit kepala kronik akibat urat leher tegang. Dia pun tawarkan ubat herba untuk 3 bulan rawatan yang berharga mencecah RM800.00. Nasib baik abang ipar saya pesan kalau pergi tempat ni jangan beli herbal medicine tu sebab mereka semua menipu. Abang ipar saya pernah beli minyak urut, masa di China, bau herbanya kuat tetapi bila bawa balik ke Malaysia, baunya hilang sebiji macam minyak kelapa. Wallahualam mungkin ada juga yang beli dan rasi dengan herbal tersebut. 

Saya pun beritahu penterjemah tu yang saya baru buat medical checkup tahunan dan saya tidak ada masalah yang doktor tu sebut cuma saya ada kolesterol dan on medication. Dia kata medication moden ini banyak dadah yang merbahayakan buah pinggang dan saya kata bagaimana saya nak percaya herbal you tidak beri side effect. Sebelum dia meneruskan argument, saya kata, maaf saya tak minat nak beli, dia merayu saya ambil minyak urut, sudah tentulah saya tka berminat sebab abang ipar saya dah pesan! Bila saya kata saya tak nak tukang urut tu serta merta berhenti urut kaki saya, disitu saya buat rumusan yang memang mereka nak kita beli produk mereka dengan harga yang amat mahal dan tak logik. Semua orang dalam group kami tak seorang pun beli ubat atau minyak urut mereka, lalu sesi dihentikan tak sampai 20 minit!!!

Dari situ kami bertolak ke Jin Sha Theater untuk menyaksikan pertunjukan akrobatik tetapi kami tak dibenarkan ambil gambar. Saya curi2 ambil gambar pertunjukan motorsikal di dalam bola besi. Mula-mula saya rasa biasa saja bila satu motorsikal berkeliling bola besi, Kemudian ditambah satu lagi motorsikal dimana mereka berkejaran antara satu sama lain. Dalam beberapa minit satu lagi motorsikal masuk kedalam bola besi dan mereka berkejaran berselang seli sehingga masuk motorsikal yang ke empat dan kelima jantung saya rasa nak putus takut mereka berlaga dalam bolah besi yang jadi sempit apabila lima motosikal berada di dalamnya seperti bola api sedang terbakar.





Tamat persembahan akrobatik kami dibawa makan malam di restoran yang lain pula. Oleh kerana terlalu lapar akibar kesejukan, saya tak teringat nak ambil gambar menu kami malam itu. Selepas dinner kami balik ke hotel.

No comments: